Tuesday, March 30, 2010

Seni Fotografi Dalam Pendidikan 2






Berdasarkan fotografi di atas, terdapat beberapa kebaikan dalam penggunaan media dalam alat bantuan mengajar. Antaranya ialah memperbaiki keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Kedua, menjimatkan masa dan tenaga guru untuk mencari bahan yang sesuai untuk diajar. Ketiga, ia dapat merangsang minat pelajar dan juga boleh menjadi bahan sisipan dalam pengajaran bagi mendapatkan kembali perhatian pelajar. Keempat ialah ia dapat memperkayakan pengalaman pelajar dalam proses pembelajaran.

Seni Fotografi Dalam Pendidikan





Tuesday, March 23, 2010

Video Membuat Lori

Gambar Model Lori




Beginilah lori daripada kumpulan kami yang dihasilkan untuk alat bantuan mengajar subjek Kemahiran Hidup (KH). Bahan-bahan yang digunapakai adalah daripada bahan buangan seperti penutup botol, lidi, dan kotak ubat gigi. Ia boleh diinovasikan untuk menghasilkan sesuatu yang lebih menarik.

Cadangan Wajib BM Kepada Pelajar Asing?

''Kementerian Pengajian Tinggi sedang membuat kajian untuk mewajibkan subjek Bahasa Melayu kepada pelajar asing bagi membina hubungan lebih baik antara pelajar itu dengan masyarakat setempat"-Datuk Seri Khalid Nordin.

Saya berpendapat ia merupakan satu langkah yang baik untuk membina hubungan yang lebih baik antara pelajar tersebut dengan masyarakat. Saya juga mempunyai pengalaman yang mana di fakulti saya sendiri mempunyai ramai pelajar asing terutamanya dari negara timur tengah. Apa yang saya dapat lihat ialah mereka cuba untuk belajar bahasa Melayu dengan bertanyakan kepada pelajar. Caranya ialah dengan mengalih bahasa teks Inggeris kepada teks bahasa Melayu. Jadi, wujud satu hubungan baru antara pelajar asing dengan pelajar lain. Walaupun ia bukan untuk ilmiah semata-mata, ia satu langakah yang baik untuk mengenali sesuatu budaya masyarakat tempatan. Hal ini kerana Malaysia kaya dengan pelbagai adat dan budaya masyarakat makmuknya.

Menyukat Kadar Gula Dalam Darah Tanpa Terluka

glucogrip detects your glucose level in blood

glucogrip detects your glucose level in blood

GlucoGrip adalah konsep kit berteknologi tinggi yang berkualiti untuk mengesan kadar gula darah darah. Ia direka khusus untuk mengurangkan kos perubatan seperti dengan menggabungkan agronomi dan teknologi yang sederhana dan mudah digunapakai. Alat tunggal ini menggabungkan Lancing dan penganalisa darah, mengurangkan masa dan gerak untuk pengumpulan melalui salah satu objek di hujung jari anda. Jarum yang cerdas yang digunakan untuk mendapatkan titisan darah yang diperlukan tidak meninggalkan kesan pada kulit. Antara kelebihan menggunakan GlucoGrip membolehkan pengguna untuk menggunakannya dengan mudah. Selain itu, ia mempunyai memori untuk menyimpan data-data kesihatan yang lepas.

Mint Penghalau Nyamuk

mint mosquito repellent

mint mosquito repellent

Terdapat pelbagai cara untuk menghalau nyamuk daripada mendekati kita. Antaranya dengan menggunakan alat pemanas cecair, penyembur aerosol, ubat nyamuk, kelambu dan sebagainya. Namun, masalah tersebut tidak pernah selesai. Kini terdapat satu alat yang dikenali dengan nama Mint Pass menjadi salah satu cara yang selamat untuk menhalau nyamuk. Ia tidak perlu pengguna menyalakan api untuk membuatkan ia berfungsi. Dengan nyalaan lampu hijau sahaja telah menandakan bahawa alat tersebut telah berfungsi dan ia telah terbukti berkesan untuk menghalau nyamuk.

Ke Mana Hala Tuju Pelajar Lepasan SPM/SPMV?

Keputusan Sijil Peperiksaan Menengah (SPM)/Vokasional (SPMV) telah diumumkan. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Tetapi bagaimana dengan pelajar yang kurang bernasib baik? Pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang kebiasaanya mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Matrikulasi, Politeknik dan sebagainya untuk menyambung pengajian mereka. Bagi yang mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan ia tidak bermakna mereka tidak boleh menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi. Terdapat pilihan lain seperti menyambung pengajian ke Tingkatan Enam, Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian, Kolej Mara, Institut Kemahiran Belia Neraga (IKBN) dan lain-lain. Ia bukannya menjadi alasan dengan keputusan yang kurang baik tidak mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian. Pihak kerajaan tidak mengabaikan pelajar yang mendapat keputusan yang kurang baik untuk melanjutkan pengajian. Bagi saya, ia bergantung kepada kemahuan pelajar tersebut untuk melanjutkan pelajaran atau tidak walaupun terdapat banyak pilihan di depan mereka. Selain itu, saya juga berpendapat dengan pendidikan dapat mengubah taraf hidup sosial individu. Dengan kelayakan yang lebih tinggi memberikan mereka peluang untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik pada masa akan datang.

Pendidikan Seks Kepada Pelajar Sekolah?

Kebelakangan ini isu pendidikan seks makin ramai diperkatakan oleh masyarakat awam. Ia didirong oleh kejadian buang bayi yang semakin kerap dipaparkan oleh media massa. Sebanyak 17,303 kes anak luar nikah didaftarkan di seluruh negara pada 2009 dan angka ini sebenarnya menunjukkan betapa masyarakat kita dilanda kepincangan moral dan akhlak yang amat kritikal serta dahsyat berbanding cuma 16,541 kes didaftarkan pada 2008 (Berita Harian 23Mac2010). Saya terasa terpanggil dengan isu yang semakin berleluasa. Pada pendapat saya, ibu bapa perlu memainkan peranan yang amat besar dalam mendidik anak-anak mereka. Ibu bapa harus berfikiran terbuka untuk menjelaskan terma seperti 'pornografi', 'rogol' 'liwat' dan lain-lain agar anak mereka mengetahui makna perkataan tersebut dengan lebih jelas. Hal ini kerana mereka iaitu anak-anak pada masa kini sudah terdedah dengan akhbar harian, berita, drama televisyen dan sebagainya. Apabila anak mereka bertanyakan maksud terma atau istilah tersebut, ibu bapa harus menerangkan dengan lebih terbuka. Dengan cara ini juga anak mereka lebih mengetahui apa yang sepatutnya untuk melindungi diri mereka daripada sebarang ancaman luar seperti orang yang tidak dikenali.

Thursday, March 18, 2010

Kata Hikmah Part 9

''Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur.
Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat''

Kata Hikmah Part 8

''Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan''

Kata Hikmah Part 10

''Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda''

Wednesday, March 17, 2010

Kata Hikmah Part 7

''Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada
melaksanakan sepotong pesanan''

Sukan Sekolah Diperkasa Pada Tahun 2011

Berdasarkan artikel di dalam Berita Harian pada 18 Mac 2010, Kementerian Pelajaran telah memutuskan beberapa langkah untuk memperkasakan sukan di sekolah seperti memberi 5% daripada 10% markah yang diperuntukan dalam kegiatan kokurikulum. Menurut Timbalan Perdana Menteri yang merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa sebelum ini kegiatan sukan di sekolah tidak diberi penekanan. Bermula pada tahun depan (2011) dasar 1Murid 1Sukan akan dikuatkuasakan.

Pada pendapat saya, ia merupakan satu langkah yang baik bagi membentuk murid yang sihat dari segi fizikal, emosi, sosial dan lain-lain. Dengan pengisian masa yang terlapang dengan aktiviti-aktiviti yang sihat dapat mengelakkan murid daripada aktiviti yang kurang sihat seperti melepak tidak tentu arah. Aktiviti sukan yang dilakukan selepas waktu sekolah dilihat satu cara penyelesaian bagi aktiviti tidak sihat tersebut. Ia menunjukkan pengisian masa lapang itu berlaku selepas waktu tamat proses P&P.

Selain itu, dalam jangka masa panjang dengan langkah seperti ini dapat melahirkan atlet yang berbakat. Hal ini kerana pencarian bakat telah dilakukan sejak dari sekolah yang mana bakat yang terpendam telah digilap. Pada pendapat saya, ia dapat mengatasi masalah ketandusan atlet yang berbakat seperti dalam olahraga.

Pengacas Daripada Tenaga Solar

ipetal solar charger for iphone

ipetal solar charger for iphone
Gajet diatas dinamakan iPetals kerana sekiranya ia dibuka, ia akan kelihatan seperti bentuk daun. Ciptaan ini diinspirasikan oleh Sunny Flower dan telah dibuat oleh Fandi Mang. iPetals mengandungi beberapa helai 'daun' yang mana akan mengeluarkan warna yang berbeza semasa digunakan. Dibahagian tepinya pula terdapat satu sambungan kabel pengecas yang mana ia membenarkan gajet anda di cas semula seperti telefon bimbit dan juga iPhone. Gajet ini dikatakan ideal kerana ia membantu individu yang suka mengembara.


Dapur Bergerak

portable kitchen

portable kitchen

Konsep Dapur Bergerak telah direkacipta untuk membolehkanya bergerak kemana-mana walaupun saiznya adalah kecil. Selain itu, ia juga fungsinya juga memudahkan pengguna memasak di luar rumah. Apa yang menarik tentang meja ini ialah mempunyai fungsi yang 'tersembunyi'. Fungsi tersebut seperti menyimpan perkakasan dapur seperti sudu, pinggan, cawan dan sebagainya di bahagian bawahnya. Pada bahagian atasnya pula membolahkan pengguna memasak makanan dan pada bahagian sisinya terdapat tempat khas bagi meletakkan tuala. Selain itu, terdapat juga meja mini bagi membolehkan penggunanya meletakkan makanan yang sudah dimasak atau meletakkan bahan-bahan untuk dimasak. Bagi membolehkan ia bergerak, terdapat roda di bahagian bawah meja.


USB Mini Stick Pelbagai Warna

funny usb memory stick

funny usb memory stick
Teknologi ini telah diinspirasikan daripada seorang pereka dari Jepun yang berasaskan daripada lampu tanglung yang mana ia menawarkan kecantikan dan mempunyai nilai yang amat unik seperti ciri lut sinar pada bahagian badannya. Di dalam kaca tersebut, sebenarnya terdapat pelbagai jenis warna yang boleh menyala dengan data/storan yang tertentu. Dangan eriti kata yang mudah, data yang berlainan akan mengeluarkan warna yang berlainan. Contohnya, warna merah jambu untuk storan gambar, hijau untuk storan movie, biru untuk dokumen-dokumen dan tiada nyalaan lampu menunjukkan tiada data yang disimpan di dalamnya. Cara untuk membuatkannya lebih menarik ialah ia telah disetkan apabila pengguna/pemilik menggoncang USB mini drive ia akan menyalakan lampu-lampu tersebut.

Tuesday, March 16, 2010

Peti Ais Lut Sinar

window refrigerator
Terdapat 5 konsep dalam peti ais seperti yang ditunjukkan dalam rajah diatas. 5 bahagian tersebut membolehkan pengguna menyimpan barangan yang berbeza mengikut suhu yang berbeza di dalam satu peti ais. Dengan reka bentuk yang sebegini, pengguna dapat melihat barang-barang yang terdapat dalam peti ais sebelum mengambilnya. Yang membuatkan ia menajdi lebih unik ialah butang suis On tersebut apabila dihidupkan, ia akan menukarkan gelas kaca pada peti ais tersebut berubah kepada corak yang lebih kabur. Antara kelebihan peti ais ini ialah ia menjimatkan penggunaan elektrik kerana pengguna tidak perlu sentiasa membuka peti ais untuk mencari barang-barang makanan, sayuran, atau daging di setiap lokasi.

Hingga Titisan Yang Terakhir

last drop
last drop
Produk diatas diinovasikan untuk kegunaan dalam tandas. Hal ini jika dilihat, tidak akan berlaku pembaziran kerana cecair sabun akan terperangkap di bawah bekas seperti di dalam gambar. Selain itu, dengan keadaan yang boleh dilihat daripada luar membantu pengguna untuk menambah cecair sabun apabila diperlukan. Produk ini sangat membantu dalam membuat penjimatan.

Peralatan Dapur Masa Hadapan

versatile kitchen appliances

Peralatan moden seperti diatas dapat menyelesaikan beberapa masalah yang berlaku di dapur seperti masalah ruang yang terbatas, terlalu banyak wayar, sukar untuk dibersihkan, dan juga terlalu bayak barangan elektrik di dapur. Contoh peralatan diatas mempunyai pelbagai fungsi seperti pemanas air, pembakar roti, pemanas makanan, dan mesin pembuat air kopi. Kepelbagaian fungsi dalam 1 produk yang sama seperti diatas dapat menyelesaikan beberapa masalah seperti yang disebutkan.

Tuesday, March 9, 2010

Teknologi Pendidikan

Menurut Crowell (1971) : Encyclopedia of Education memberi takrifan teknologi pendididkan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan.

Terdapat beberapa kepentingan menggunakan teknologi pendidikan dalam P&P antaranya ialah:

i- melicinkan proses P&P dengan memfokuskan kepada isi-isi penting dalam sesebuah topik.

ii- menjimatkan masa dan wang.

iii- mengelakkan rasa bosan pelajar dan menarik minat mereka.

iv- melibatkan penggunaan pelbagai deria pelajar yang mana akan lebih merangsang daya fikir mereka.

v- memperkayakan pengalaman belajar.

Kesimpulannya, teknologi pendidikan merupakan satu sistem yang mengandungi alat dan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanandalam pembelajaran.

sumber: http://www.educ.upm.edu.my/~rj/5.html

Monday, March 8, 2010

Kata Hikmah Part 6

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang
dari semangat yang tidak pernah mengalah."

Friday, March 5, 2010

Payung Boleh Meramal Cuaca?

bluetooth umbrella This Umbrella Helps you Forecast the Weather
Apakah perasaan anda apabila terdapat sejenis payung yang boleh memberikan ramalan cuaca kepada anda? Kini terdapat sebuah payung yang dapat berbuat sedemikian. Teknologi ini sudah dibangunkan di Eropah yang mana terdapat 4 musim dalam setahun. Semasa musim salji, ia menyukarkan seseorang untuk memilih menggunakan payung atau tidak. Namun, payung ini dapat menyesaikan masalah tersebut dan memberitahu anda apabila anda perlu menggunakannya. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan wireless yang mana ia memudahkan anda memuat turun ramalan cuaca pada satu hari. Ia menggunakan sumber kuasa daripada bateri bersaiz C untuk ia berfungsi.

Thursday, March 4, 2010

Motorsikal Masa Hadapan

Motorsikal pada masa akan datang akan menyelamatkan alam sekitar? Itu hakikat yang harus diterima oleh setiap orang di muka bumi. Motorsikal diatas telah dihasilkan oleh syarikat Siemens dengan bantuan American Choper. Tenaga yang digunakan ialah tenaga elektrik yang mana tidak membebaskan asap yang merbahaya seperti karbon dioksida (CO2), karbon monoksida (CO), dan lain-lain. Gas tersebut juga boleh menyerap haba daripada dibebaskan di atmosfera.
Menurut CEO Siemens, teknologi yang dihasilkan membantu penggunaan tenaga yang lebih bersih dan efisien. Penghasilan motorsikal elektrik ini merupakan inovasi yang telah lama diimpikan oleh syarikat yang mana ia dapat mengekalkan kemampanan bumi.


Wednesday, March 3, 2010

Kata Himah Part 5

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin
sentiasa melakukan yang terbaik."

Kata Hikmah Part 4

"Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan engkau akan menjadi
terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."

Tuesday, March 2, 2010

Kata Hikmat Part 3

"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat
menguasai dirinya sendiri"

Teknologi Persembahan

Pengamatan saya sepanjang saya belajar di UKM, apa yang saya lihat ialah pelajar tidak terlepas daripada pembantangan. Kebiasaannya perbantangan adalah dalam bentuk Microsoft Power Point 2007 yang digemari. Pada pendapat saya, banyak kelebihan menggunakan medium tersebut dalam penyampaian. Pelajar dapat menggunakan aplikasi yang terdapat di dalamnya seperti sound clip, clip art, animation, dan pelbagai lagi. Teknologi yang sebegitu rupa membuatkan persembahan dalam perbantangan menjadi menarik penonton yang juga terdiri dalam kalangan pelajar.
Adakalanya ia seperti agak menyusahkan dan banyak perkara yang perlu dilakukan. Bagi saya, ia terpulang kepada individu sama ada mahu atau tidak membuat pembentangannya kelihatan menonjol dan lain daripada rakan-rakan. Bagi saya, sekiranya ia digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ia akan lebih berkesan dan menarik. Selain itu, guru atau pensyarah tidak perlu membawa bahan pengajaran seperti buku ke kelas. Pelajar juga dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada proses pembalajaran. Namun, bagi saya ia tidak perlu berlebihan kerana ia juga akan mengganggu kepada proses pembelajaran yang mana pelajar akan fokus kepada animasi bukan kepada konten atau isi yang ingin disampaikan.

Ikon Microsoft Power Point
Elemen Yang Terdapat Dalam Perisian Tersebut.
Karikatur Menunjukkan Ia Memudahkan Proses Penyampaian.

Kata-kata Hikmah Part 2

"Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya
maka ia akan menjagamu,
dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan
mempedulikanmu"

Monday, March 1, 2010

Kata-kata Hikmah Part 1

"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang
menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

Kretiviti Menjadi Sumber Rezeki Tambahan 2...



Walaupun dengan menggunakan bulu pelepah burung, ia boleh diilhamkan menjadi satu produk baru seperti di bawah;

Contoh 1:

Contoh 2:
Dengan menerapkan nilai-nilai yang kreatitif dalam pendidikan, ia dilihat dapat membantu murid untuk menunjukkan bakat yang terdapat dalam diri mereka. Selain itu, ia akan membuatkan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) lebih menarik.

Sunday, February 28, 2010

Kretiviti Menjadi Sumber Rezeki Tambahan...

Pernahkah anda terbayang bahawa dengan menggunakan kreativti yang terdapat dalam diri dapat menjana sumber pendapatan tambahan? Pernahkah anda terfikir dengan menggunakan bulu pelepah burung seperti di dalam gambar di bawah boleh ditransformasikan kepada sesuatu bentuk yang baru dan menarik? Ramai yang menganggap bahan buangan tempatnya hanya di tong sampah walaupun ia boleh dikitar semula. Ia memerlukan daya imiginasi untuk membentuk satu idea baru dengan menggunakan bahan buangan yang dianggap sudah tidak berguna. Namun, bagi orang yang mempunyai daya krativiti yang tinggi, ia dapat digunakan untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

sebelum:
Contoh 1:






Tuesday, January 19, 2010

Inovasi Membantu Pelajar Yang Memerlukan


Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran dilihat sebagai satu medium yang amat berkesan utuk membantu pelajar yang tergolong dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU). Ini dapat memberikan mereka peluang kedua untuk menikmati pendidikan seperti palajar normal. Mereka tidak seharusnya disisihkan kerana kekurangan yang ada pada diri mereka. Bahkan terdapat segelintir pelajar yang seperti mereka lebih berjaya daripada pelajar normal. Dengan bantuan teknologi dalam pembelajaran, ia dilihat dapat meringan beban guru yang mengajar mereka untuk memilih bahan pengajaran yang lebih berkesan dan efektif. Selain itu, ia menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih menarik pada masa akan datang.