Tuesday, March 23, 2010

Ke Mana Hala Tuju Pelajar Lepasan SPM/SPMV?

Keputusan Sijil Peperiksaan Menengah (SPM)/Vokasional (SPMV) telah diumumkan. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Tetapi bagaimana dengan pelajar yang kurang bernasib baik? Pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang kebiasaanya mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Matrikulasi, Politeknik dan sebagainya untuk menyambung pengajian mereka. Bagi yang mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan ia tidak bermakna mereka tidak boleh menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi. Terdapat pilihan lain seperti menyambung pengajian ke Tingkatan Enam, Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian, Kolej Mara, Institut Kemahiran Belia Neraga (IKBN) dan lain-lain. Ia bukannya menjadi alasan dengan keputusan yang kurang baik tidak mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian. Pihak kerajaan tidak mengabaikan pelajar yang mendapat keputusan yang kurang baik untuk melanjutkan pengajian. Bagi saya, ia bergantung kepada kemahuan pelajar tersebut untuk melanjutkan pelajaran atau tidak walaupun terdapat banyak pilihan di depan mereka. Selain itu, saya juga berpendapat dengan pendidikan dapat mengubah taraf hidup sosial individu. Dengan kelayakan yang lebih tinggi memberikan mereka peluang untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang lebih baik pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment