Kebelakangan ini isu pendidikan seks makin ramai diperkatakan oleh masyarakat awam. Ia didirong oleh kejadian buang bayi yang semakin kerap dipaparkan oleh media massa. Sebanyak 17,303 kes anak luar nikah didaftarkan di seluruh negara pada 2009 dan angka ini sebenarnya menunjukkan betapa masyarakat kita dilanda kepincangan moral dan akhlak yang amat kritikal serta dahsyat berbanding cuma 16,541 kes didaftarkan pada 2008 (Berita Harian 23Mac2010). Saya terasa terpanggil dengan isu yang semakin berleluasa. Pada pendapat saya, ibu bapa perlu memainkan peranan yang amat besar dalam mendidik anak-anak mereka. Ibu bapa harus berfikiran terbuka untuk menjelaskan terma seperti 'pornografi', 'rogol' 'liwat' dan lain-lain agar anak mereka mengetahui makna perkataan tersebut dengan lebih jelas. Hal ini kerana mereka iaitu anak-anak pada masa kini sudah terdedah dengan akhbar harian, berita, drama televisyen dan sebagainya. Apabila anak mereka bertanyakan maksud terma atau istilah tersebut, ibu bapa harus menerangkan dengan lebih terbuka. Dengan cara ini juga anak mereka lebih mengetahui apa yang sepatutnya untuk melindungi diri mereka daripada sebarang ancaman luar seperti orang yang tidak dikenali.
ermmm..
14 years ago
No comments:
Post a Comment