Tuesday, January 19, 2010

Inovasi Membantu Pelajar Yang Memerlukan


Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran dilihat sebagai satu medium yang amat berkesan utuk membantu pelajar yang tergolong dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU). Ini dapat memberikan mereka peluang kedua untuk menikmati pendidikan seperti palajar normal. Mereka tidak seharusnya disisihkan kerana kekurangan yang ada pada diri mereka. Bahkan terdapat segelintir pelajar yang seperti mereka lebih berjaya daripada pelajar normal. Dengan bantuan teknologi dalam pembelajaran, ia dilihat dapat meringan beban guru yang mengajar mereka untuk memilih bahan pengajaran yang lebih berkesan dan efektif. Selain itu, ia menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih menarik pada masa akan datang.