Pengamatan saya sepanjang saya belajar di UKM, apa yang saya lihat ialah pelajar tidak terlepas daripada pembantangan. Kebiasaannya perbantangan adalah dalam bentuk Microsoft Power Point 2007 yang digemari. Pada pendapat saya, banyak kelebihan menggunakan medium tersebut dalam penyampaian. Pelajar dapat menggunakan aplikasi yang terdapat di dalamnya seperti sound clip, clip art, animation, dan pelbagai lagi. Teknologi yang sebegitu rupa membuatkan persembahan dalam perbantangan menjadi menarik penonton yang juga terdiri dalam kalangan pelajar.
Adakalanya ia seperti agak menyusahkan dan banyak perkara yang perlu dilakukan. Bagi saya, ia terpulang kepada individu sama ada mahu atau tidak membuat pembentangannya kelihatan menonjol dan lain daripada rakan-rakan. Bagi saya, sekiranya ia digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ia akan lebih berkesan dan menarik. Selain itu, guru atau pensyarah tidak perlu membawa bahan pengajaran seperti buku ke kelas. Pelajar juga dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada proses pembalajaran. Namun, bagi saya ia tidak perlu berlebihan kerana ia juga akan mengganggu kepada proses pembelajaran yang mana pelajar akan fokus kepada animasi bukan kepada konten atau isi yang ingin disampaikan.
Ikon Microsoft Power Point
Elemen Yang Terdapat Dalam Perisian Tersebut.
Karikatur Menunjukkan Ia Memudahkan Proses Penyampaian.
No comments:
Post a Comment