Berdasarkan artikel di dalam Berita Harian pada 18 Mac 2010, Kementerian Pelajaran telah memutuskan beberapa langkah untuk memperkasakan sukan di sekolah seperti memberi 5% daripada 10% markah yang diperuntukan dalam kegiatan kokurikulum. Menurut Timbalan Perdana Menteri yang merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa sebelum ini kegiatan sukan di sekolah tidak diberi penekanan. Bermula pada tahun depan (2011) dasar 1Murid 1Sukan akan dikuatkuasakan.
Pada pendapat saya, ia merupakan satu langkah yang baik bagi membentuk murid yang sihat dari segi fizikal, emosi, sosial dan lain-lain. Dengan pengisian masa yang terlapang dengan aktiviti-aktiviti yang sihat dapat mengelakkan murid daripada aktiviti yang kurang sihat seperti melepak tidak tentu arah. Aktiviti sukan yang dilakukan selepas waktu sekolah dilihat satu cara penyelesaian bagi aktiviti tidak sihat tersebut. Ia menunjukkan pengisian masa lapang itu berlaku selepas waktu tamat proses P&P.
Selain itu, dalam jangka masa panjang dengan langkah seperti ini dapat melahirkan atlet yang berbakat. Hal ini kerana pencarian bakat telah dilakukan sejak dari sekolah yang mana bakat yang terpendam telah digilap. Pada pendapat saya, ia dapat mengatasi masalah ketandusan atlet yang berbakat seperti dalam olahraga.
No comments:
Post a Comment