Tuesday, March 9, 2010

Teknologi Pendidikan

Menurut Crowell (1971) : Encyclopedia of Education memberi takrifan teknologi pendididkan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan.

Terdapat beberapa kepentingan menggunakan teknologi pendidikan dalam P&P antaranya ialah:

i- melicinkan proses P&P dengan memfokuskan kepada isi-isi penting dalam sesebuah topik.

ii- menjimatkan masa dan wang.

iii- mengelakkan rasa bosan pelajar dan menarik minat mereka.

iv- melibatkan penggunaan pelbagai deria pelajar yang mana akan lebih merangsang daya fikir mereka.

v- memperkayakan pengalaman belajar.

Kesimpulannya, teknologi pendidikan merupakan satu sistem yang mengandungi alat dan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanandalam pembelajaran.

sumber: http://www.educ.upm.edu.my/~rj/5.html

No comments:

Post a Comment