Tuesday, March 23, 2010

Cadangan Wajib BM Kepada Pelajar Asing?

''Kementerian Pengajian Tinggi sedang membuat kajian untuk mewajibkan subjek Bahasa Melayu kepada pelajar asing bagi membina hubungan lebih baik antara pelajar itu dengan masyarakat setempat"-Datuk Seri Khalid Nordin.

Saya berpendapat ia merupakan satu langkah yang baik untuk membina hubungan yang lebih baik antara pelajar tersebut dengan masyarakat. Saya juga mempunyai pengalaman yang mana di fakulti saya sendiri mempunyai ramai pelajar asing terutamanya dari negara timur tengah. Apa yang saya dapat lihat ialah mereka cuba untuk belajar bahasa Melayu dengan bertanyakan kepada pelajar. Caranya ialah dengan mengalih bahasa teks Inggeris kepada teks bahasa Melayu. Jadi, wujud satu hubungan baru antara pelajar asing dengan pelajar lain. Walaupun ia bukan untuk ilmiah semata-mata, ia satu langakah yang baik untuk mengenali sesuatu budaya masyarakat tempatan. Hal ini kerana Malaysia kaya dengan pelbagai adat dan budaya masyarakat makmuknya.

No comments:

Post a Comment