Tuesday, March 16, 2010

Hingga Titisan Yang Terakhir

last drop
last drop
Produk diatas diinovasikan untuk kegunaan dalam tandas. Hal ini jika dilihat, tidak akan berlaku pembaziran kerana cecair sabun akan terperangkap di bawah bekas seperti di dalam gambar. Selain itu, dengan keadaan yang boleh dilihat daripada luar membantu pengguna untuk menambah cecair sabun apabila diperlukan. Produk ini sangat membantu dalam membuat penjimatan.

Peralatan Dapur Masa Hadapan

versatile kitchen appliances

Peralatan moden seperti diatas dapat menyelesaikan beberapa masalah yang berlaku di dapur seperti masalah ruang yang terbatas, terlalu banyak wayar, sukar untuk dibersihkan, dan juga terlalu bayak barangan elektrik di dapur. Contoh peralatan diatas mempunyai pelbagai fungsi seperti pemanas air, pembakar roti, pemanas makanan, dan mesin pembuat air kopi. Kepelbagaian fungsi dalam 1 produk yang sama seperti diatas dapat menyelesaikan beberapa masalah seperti yang disebutkan.

Tuesday, March 9, 2010

Teknologi Pendidikan

Menurut Crowell (1971) : Encyclopedia of Education memberi takrifan teknologi pendididkan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan.

Terdapat beberapa kepentingan menggunakan teknologi pendidikan dalam P&P antaranya ialah:

i- melicinkan proses P&P dengan memfokuskan kepada isi-isi penting dalam sesebuah topik.

ii- menjimatkan masa dan wang.

iii- mengelakkan rasa bosan pelajar dan menarik minat mereka.

iv- melibatkan penggunaan pelbagai deria pelajar yang mana akan lebih merangsang daya fikir mereka.

v- memperkayakan pengalaman belajar.

Kesimpulannya, teknologi pendidikan merupakan satu sistem yang mengandungi alat dan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanandalam pembelajaran.

sumber: http://www.educ.upm.edu.my/~rj/5.html

Monday, March 8, 2010

Kata Hikmah Part 6

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang
dari semangat yang tidak pernah mengalah."

Friday, March 5, 2010

Payung Boleh Meramal Cuaca?

bluetooth umbrella This Umbrella Helps you Forecast the Weather
Apakah perasaan anda apabila terdapat sejenis payung yang boleh memberikan ramalan cuaca kepada anda? Kini terdapat sebuah payung yang dapat berbuat sedemikian. Teknologi ini sudah dibangunkan di Eropah yang mana terdapat 4 musim dalam setahun. Semasa musim salji, ia menyukarkan seseorang untuk memilih menggunakan payung atau tidak. Namun, payung ini dapat menyesaikan masalah tersebut dan memberitahu anda apabila anda perlu menggunakannya. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan wireless yang mana ia memudahkan anda memuat turun ramalan cuaca pada satu hari. Ia menggunakan sumber kuasa daripada bateri bersaiz C untuk ia berfungsi.

Thursday, March 4, 2010

Motorsikal Masa Hadapan

Motorsikal pada masa akan datang akan menyelamatkan alam sekitar? Itu hakikat yang harus diterima oleh setiap orang di muka bumi. Motorsikal diatas telah dihasilkan oleh syarikat Siemens dengan bantuan American Choper. Tenaga yang digunakan ialah tenaga elektrik yang mana tidak membebaskan asap yang merbahaya seperti karbon dioksida (CO2), karbon monoksida (CO), dan lain-lain. Gas tersebut juga boleh menyerap haba daripada dibebaskan di atmosfera.
Menurut CEO Siemens, teknologi yang dihasilkan membantu penggunaan tenaga yang lebih bersih dan efisien. Penghasilan motorsikal elektrik ini merupakan inovasi yang telah lama diimpikan oleh syarikat yang mana ia dapat mengekalkan kemampanan bumi.


Wednesday, March 3, 2010

Kata Himah Part 5

"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin
sentiasa melakukan yang terbaik."