Wednesday, March 3, 2010

Kata Hikmah Part 4

"Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan engkau akan menjadi
terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi."

Tuesday, March 2, 2010

Kata Hikmat Part 3

"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat
menguasai dirinya sendiri"

Teknologi Persembahan

Pengamatan saya sepanjang saya belajar di UKM, apa yang saya lihat ialah pelajar tidak terlepas daripada pembantangan. Kebiasaannya perbantangan adalah dalam bentuk Microsoft Power Point 2007 yang digemari. Pada pendapat saya, banyak kelebihan menggunakan medium tersebut dalam penyampaian. Pelajar dapat menggunakan aplikasi yang terdapat di dalamnya seperti sound clip, clip art, animation, dan pelbagai lagi. Teknologi yang sebegitu rupa membuatkan persembahan dalam perbantangan menjadi menarik penonton yang juga terdiri dalam kalangan pelajar.
Adakalanya ia seperti agak menyusahkan dan banyak perkara yang perlu dilakukan. Bagi saya, ia terpulang kepada individu sama ada mahu atau tidak membuat pembentangannya kelihatan menonjol dan lain daripada rakan-rakan. Bagi saya, sekiranya ia digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ia akan lebih berkesan dan menarik. Selain itu, guru atau pensyarah tidak perlu membawa bahan pengajaran seperti buku ke kelas. Pelajar juga dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada proses pembalajaran. Namun, bagi saya ia tidak perlu berlebihan kerana ia juga akan mengganggu kepada proses pembelajaran yang mana pelajar akan fokus kepada animasi bukan kepada konten atau isi yang ingin disampaikan.

Ikon Microsoft Power Point
Elemen Yang Terdapat Dalam Perisian Tersebut.
Karikatur Menunjukkan Ia Memudahkan Proses Penyampaian.

Kata-kata Hikmah Part 2

"Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya
maka ia akan menjagamu,
dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan
mempedulikanmu"

Monday, March 1, 2010

Kata-kata Hikmah Part 1

"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang
menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

Kretiviti Menjadi Sumber Rezeki Tambahan 2...



Walaupun dengan menggunakan bulu pelepah burung, ia boleh diilhamkan menjadi satu produk baru seperti di bawah;

Contoh 1:

Contoh 2:
Dengan menerapkan nilai-nilai yang kreatitif dalam pendidikan, ia dilihat dapat membantu murid untuk menunjukkan bakat yang terdapat dalam diri mereka. Selain itu, ia akan membuatkan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) lebih menarik.

Sunday, February 28, 2010

Kretiviti Menjadi Sumber Rezeki Tambahan...

Pernahkah anda terbayang bahawa dengan menggunakan kreativti yang terdapat dalam diri dapat menjana sumber pendapatan tambahan? Pernahkah anda terfikir dengan menggunakan bulu pelepah burung seperti di dalam gambar di bawah boleh ditransformasikan kepada sesuatu bentuk yang baru dan menarik? Ramai yang menganggap bahan buangan tempatnya hanya di tong sampah walaupun ia boleh dikitar semula. Ia memerlukan daya imiginasi untuk membentuk satu idea baru dengan menggunakan bahan buangan yang dianggap sudah tidak berguna. Namun, bagi orang yang mempunyai daya krativiti yang tinggi, ia dapat digunakan untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

sebelum:
Contoh 1: